::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Dec 6, 2009

Manis Saat-saat Akhir Semester



~"Jadikan manis kejayaan itu sebagai tenaga untuk lebih banyak mencipta kejayaan." Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni.~

Alhamdulillah, baru semalam, 5 Disember 2009 berkesempatan melihat keputusan peperiksaan semester lalu setelah 2 hari berturut-turut menemui kegagalan memasuki laman web myIIUM Portal. Itupun melalui laptop kawan kerana laptop sendiri tidak dapat connect dengan Wi-Fi UIA. Segala kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kepadaNya.

Sepanjang semester yang lalu di tahun akhir ini, banyak yang telah berlaku. Suasana juga semakin meriah tatkala saat ada kehadiran tetamu yang tidak diundang. Keluarga juga semakin ceria.

Cinta Allah itu indah. Lebih indah lagi apabila dijadikan dasar atas segala tiap-tiap sesuatu. Segala pujian bagiNya, Maha Suci Allah.

Ya Allah, jadikan kami ini hambaMu yang senantiasa bersyukur.

Seperti dilimpahi barakah atas segala yang diberikanNya dalam kehidupan ini, secara tiba-tiba. Apakah sebenarnya ada kuasa luar biasa yang datang memotivasi cita-cita? Sungguh, diri ini benar-benar percaya azimat sakti itu hanya datang dengan redha Allah s.w.t sahaja.

Ya Allah, jadikanlah diri ini hamba yang tidak pernah alpa bersyukur terhadap nikmat-nikmatMu. Sungguh, tiada nikmatMu lagi yang mampu untuk ku dustakan.

Katakanlah (Muhammad):" "Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

(Ali-Imran: 31)



~Benar, jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu...~

0 comments:

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino