Semester akhir ini nampaknya banyak sungguh kelapangan masa dari segi 'subject credit hour'. Ada 4 subjek saja yang kami pelajari semester ini:
Primary Health Care, Research Project, Elective (saya memilih subjek Infection Control. Ada juga rakan-rakan yang memilih Diabetic Foot Care), serta Health Management and Hospital Administration (satu lagi subjek yang akan bergabung kelas dengan rakan-rakan Allied Health Sciences).
Banyak jadual kelas juga dikhaskan untuk 'preparation final year project.' Maka, terpulanglah pada diri sendiri untuk menggunakannya. Terasa lain pula, bila kelas hanya 5-6 jam seminggu. Agaknya adakah saya merindukan waktu dan jadual yang 'packed' sehingga kelas mengambil hari Sabtu dan juga Ahad seperti di semester lalu?
Apapun, saya ingin berkongsi dan mengingatkan diri saya sendiri. Mengikut apa yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya Detik-Detik Masa, Nabi s.a.w menceritakan sedikit mengikut apa yang tersebut di dalam kitab Nabi Ibrahim a.s:
Sewajar setiap yang ber'aqal, selagi 'aqal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masa-masanya kepada empat waktu:
1) Waktu untuk dia bermunajat (berzikir) kepada Tuhannya.
2) Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya.
3) Waktu untuk dia berfikir berhubung dengan barang-barang ciptaan Allah.
4) Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya.
0 comments:
Post a Comment