::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Dec 12, 2009

Membina Kasih Sayang Dalam Suasana


~Allah jadikan manusia berbeza-beza agar kita dapat saling mengenali sesama kita dan saling berkasih sayang keranaNya~


Apabila berada di dalam suasana baru, kita akan mula merasakan sesuatu yang kekok di hadapan kita. Apatah lagi apabila kita berhadapan dengan suasana atau persekitaran yang sememangnya lain daripada yang pernah kita alami.

Saya ingin memetik sedikit kata-kata Ir. Ahmad Jais dalam slot Cerna Minda, Majalah Solusi bahawa manusia sering memusuhi perkara yang tidak difahaminya. Mengapa? Kerana ia fitrah kejadian manusia. Seperti lahirnya bayi meninggalkan alam rahimnya dan tiba ke dunia baru.

Benar. Manusia suka membuat spekulasi atau sangkaan terhadap perkara yang tidak difahaminya. Mengenali persekitaran dan manusia di dalam persekitaran itu memerlukan 'assessment' terlebih dahulu. Itulah juga yang sering ditekankan kepada kami pelajar kejururawatan. Before you simply diagnose, know your patient first; assess them.

Untuk mengenali suatu suasana yang asing bagi kita, amalkan sifat keterbukaan. Saya juga lebih suka jadi pemerhati bebas jika berada dalam suasana baru. Lebih suka membuat 'observation' pada persekitaran dan komponen-komponen di dalamnya untuk mendapat keserasian dahulu.

Keterbukaan atau bersikap berlapang dada perlu ada. Elak sempitkan minda dan sesakkan nafas dengan perubahan. Jika tidak, mudah saja syaitan membisik virus ke hati.

Apa yang penting dalam sebuah institusi, organisasi atau dalam komuniti sebenarnya adalah kasih sayang. Kasih sayang kerana Allah atas dasar persaudaraan sesama kita akan mengeratkan ukhwah dan hubungan silaturrahim yang baru terjalin.

Bertanyalah dengan penuh kasih sayang dan bersikap terbukalah dengan kasih sayang. Beri ruang pada mereka untuk dikenali secara perlahan-lahan dalam hidup ini.

Kasih sayang itu akan mencorakkan suasana. Bahkan orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah akan sentiasa dipayungi rahmatNya. Rasulullah juga adalah contoh terbaik manusia yang penuh kasih sayang. Dan kasih sayang itu jugalah yang menyatukan umat manusia mengikuti Allah dan RasulNya.

"Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan salam,"

(Al-Furqan; 25:63)



~Kasih sayang itu titi, kasih sayang penghubung hati, kasih sayang itu tali, kasih sayang pengikat diri -Raihan-~

3 comments:

Unknown on December 13, 2009 at 4:59 PM said...

ayuh berkasih sayang sesama kita...

warnai dunia dengan kasih sayang..nilai rahim itu asalnya di hati manusia..hai yang penuh dengan kasih itu pasti hati yang bahagia..

saya sayang naddy..

Haqemi on December 14, 2009 at 12:17 AM said...

Lagu kasih sayang favourite Ismi nie dinukilankan buat naddy n sahabat2 semua sempena bulan "kasih sayang"hehe..
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Raudhatul Nadwah on December 25, 2009 at 10:41 PM said...

Terima kasih sahabat-sahabat..
Moga kasih sayang kekal diberkati Allah..

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino