::Fikir Zikir::

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan." -Hassan Al-Banna-

Dec 24, 2009

Cerita Gadis Kecil dan Nelayan


Dan, bertawakkallah kepada (Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Penyayang, Yang melihat engkau ketika engkau berdiri (untuk salat), dan (melihat) perubahan gerakan badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
(Asy-Syu'ara; 26:217-220)

Semalam ibu memberi saya satu soalan dalam bentuk cerita pendek...

Maka, ingin saya lakarkan soalan itu dan sekaligus jawapannya dalam sebuah cerita ini.

Cerita

Seorang gadis kecil terdampar di sebuah pulau. Hidupnya beberapa bulan di pulau itu keseorangan, ditemani flora dan fauna. Namun, setiap hari dia tidak lupa untuk kembali ke tempat asalnya. Lalu, setiap hari dijengah persisir pantai agar dapat bertemu dengan orang yang dapat menyelamatkan. Tidak lupa juga doanya sentiasa kepada Tuhan.

Kemudian, suatu hari, kelihatan seorang nelayan dengan sampannya dari jauh. Gadis kecil itu melambai-lambai meminta pertolongan. Namun, hujan lebat ketika itu menyebabkan nelayan sukar sampai ke persisiran pantai akibat sampan dipukul ombak berkali-kali.

Dengan penuh harap, gadis kecil itu mengharapkan si nelayan akan selamat, bukan kerana untuk menyelamatkan dirinya sendiri tapi agar ia mengharapkan si nelayan tidak terkorban kerana ingin menyelamatkan dirinya.

Hampir seharian menunggu, akhirnya ribut mula reda, si nelayan juga hampir tiba menuju pulau dan sudah nampak jelas kelibatnya. Namun, tiba-tiba datang sebuah helikopter meluncur laju di udara melintasi si nelayan tadi dan terus sampai ke pulau itu.

Lalu, apakah si gadis kecil itu akan menaiki helikopter tadi atau menunggu si nelayan itu sampai ke pulau?

Jawapan

Masing-masing mungkin punya jawapan sendiri.
Bagi yang menyukai keselesaan, mungkin boleh memilih menaiki helikopter.

Bagi saya, susah dan senang dalam ribut mahupun tenang, tentu saja saya memilih gadis kecil itu untuk terus menunggu si nelayan. Mungkin walaupun sekali lagi tidak tentu akan ribut kembali di tengah laut hingga menuju ke destinasi.

Biar dengan cara apa sekalipun, untuk sampai destinasi perlukan usaha. Dan ketentuan untuk sampai ke destinasi itu adalah ketentuanNya.

(Teringat kata-kata seorang, jika bermain di padang bola, perlukan 100% usaha, tapi di gelanggang futsal komitment perlu diberi 120%. Maka, tidak mustahil lebih 120% diperlukan untuk sesuatu yang lebih besar dari itu.)

Mari sama-sama berusaha, biarpun hingga ke akhirnya...

~Ibu, terima kasih buat dirimu, yang sentiasa menyokong diriku.~

3 comments:

Unknown on December 27, 2009 at 12:14 AM said...

Jawapan Saya..

Saya akan menaiki helikopter..
dan saya akan meminta pemilik helikopter untuk sama2 menyelamatkan nelayan tersebut..
Adakalanya kita perlu menanti seseorang untukmenghampiri, dan adakalanya juga.. jika jalan yang lebih cepat terhidang, cepat2lah kita merebutnya.

just pandangan.

Unknown on December 27, 2009 at 12:15 AM said...

saya = gadis

Raudhatul Nadwah on December 27, 2009 at 1:41 PM said...

Boleh saja, kalau tuan helikopter baik hati memberi tumpang.

Saya ada juga terima pandangan lain di facebook. Ada juga sependapat dengan izzat, dan ada juga yang anjurkan supaya tumpang terus sampai balik ke rumah. =)

Apapun, terima kasih atas pandangan. Nice things to ponder about.

 

Ringkasan Tetamu

Hatiku Milik-Mu Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino