-NadaMurni-
Praktikal kali ini tidak seperti praktikal sebelum-sebelumnya.
Kali ini, kami tahun 4 jurusan kejururawatan sedang berpraktikal 'nursing management'. Jika dahulu, praktikal kami mungkin lebih kepada 'assist' staff nurses. Kali ini, kami seolah-olah menjalani 3/4 dari 'internship' yang sebenar. Perlu kepada 'management patient holistically'. Kami dipertanggungjawabkan atas beberapa orang pesakit dan perlu memastikan semua prosedur dibuat dan pesakit kami dijaga dari seluruh aspek holistiknya; (Spiritual, Body and Mind). Semua prosedur rawatan perlu dijalankan. Jururawat bukan robot yang hanya mengikut suruhan 'other health care providers' dan pesakit juga bukan bahan simulasi atau eksperimen. Semua yang dilakukan perlukan rasional pemikiran. Setiap langkah yang dilakukan perlu hati-hati. Kerana natijahnya melibatkan nyawa yang dipertaruhkan tiada gantinya. Bukan hanya sesuka hati melakukan sesuatu tanpa 'assessment' dulu. Bukan senang-senang hati membuat sesuatu tanpa memikirkan yang kita rawat dan jaga ini adalah manusia, bukan hanya sekadar jasad untuk dirawat.
Kami juga belajar dan praktikal pengurusan wad, tentang bagaimana cara menjadi 'team leader' untuk wad, kemasukan dan discaj pesakit, dan tak lupa juga pengalaman kerja shif malam. Belum sampai giliran saya lagi untuk menguruskan hal kemasukan dan discaj pesakit serta kerja shif malam. Tentang shif malam, rata-ratanya respon negatif yang didengar tentang itu. Mungkin juga agaknya kerana masih tidak biasa lagi bekerja di waktu malam tatkala ramai manusia tidur lena. Entahlah, tiba masa giliran sendiri nanti, akan saya rasai.
Saya sukakan ilmu 'nursing' walaupun tidak pernah bermimpi untuk berkerjaya di hospital dulu (kerana saya dulu pening bau ubat). Banyak juga saya belajar tentang kehidupan bila saya berhenti singgah di transit hidup ini.
Dulu, jika fikir tentang kerjaya, apa yang penting saya mahu bahagia dengan kerjaya saya. Ya, waktu itu saya masih jahil. Tidak pernah terfikir untuk bekerja atas jalan dakwah dan kerana Allah. Waktu itu, masih samar-samar lagi dalam erti mencari tujuan sebenar kehidupan. Yang saya tahu waktu itu, saya hanya mahu bahagia dan keluarga saya bahagia. Jadi, cita-cita idaman saya juga dari kecil hingga remaja sering bertukar ganti. Dari penyanyi (walaupun suara tak sedap), pensyarah, ahli arkeologi, ahli kaji bumi, ahli biokimia, kaunselor dan lain-lain yang saya tak mampu ingat. Saya hanya mengikut arus lalu, kerana masih tidak tahu hala tuju. Ke pulau mana ombak memukul, ke situlah saya pergi meninggalkan jejak.
Kerjaya adalah wasilah dakwah. Dan kita bukan hamba kerjaya. Kita hamba Tuhan, hamba Allah. Kerjaya adalah jalan untuk menuju-Nya.Matlamat adalah Allah. Bukannya pada kerjaya atau pada gelaran yang ada padanya, pada pangkat yang paling tinggi ada padanya. Semuanya harus berbalik dan kembali padaNya.
Saya juga akan membuat perkiraan sekali lagi. Tentang kerjaya. Harus berfikir serius tentangnya. (Resume juga perlu dihantar tidak lama lagi.) Saya tidak hidup hanya untuk diri saya. Saya ada Allah, ada ibu ayah, ummah dan juga 'baitul muslim' sendiri suatu hari nanti (andai ada jodoh di dunia ini, Insya Allah.)
Saya juga sedang mencari kelebihan yang ada untuk diterjemah menjadi amal bakti pada ummah dan menegakkan syiar Islam di bumi Allah.
~Carilah kepakaran kamu, agar kamu boleh membantu ummah dan membangun Islam bersama kamu.~
2 comments:
gaya fikir kita ttg perkara ini hampir sama..bersetuju dgn naddy..
matlamat kita redha ALLAH,
Insya Allah, hajat pada Allah dan redhaNya, semoga Dia membantu kita memilih jalan yang terbaik.
Post a Comment