Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Maka kerana itu pilihlah (berilah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bila datang lelaki yang soleh, jangan lepaskan." Kata bapa yang tidak banyak bicaranya tentang persoalan cinta.
Indahnya hidup apabila dihiasi restu ibu bapa beserta curahan rahmat Allah dalam setiap langkah. Moga perjalanan hidup ini akan terasa indah bila menyempurnakan tuntutan Allah dan pesanan Rasulullah.
Alhamdulillah, hari ini memenuhi jemputan walimah dari rakan sekolah yang dikenali sudah 10 tahun lamanya, semenjak di tingkatan 1 lagi. Beruntunglah bagi dirimu wahai sahabat apabila ikatan yang sah telah terpatri, baitul muslim yang dibina didasari iman taqwa kepada Allah dan sentiasa berbumbungkan keredhaan Allah s.w.t.
Saya melahirkan kekaguman pada usaha kedua pasangan yang sah ini. Yakin dengan janji Allah biarpun keduanya masih bergelar pelajar perubatan di luar negara. Tahniah buat Arif dan insan yang telah dipilihkan Allah untuknya, Shazana. Moga perjalanan kalian berdua kembali meneruskan pengajian di Czech Republic akan berada dalam lindungan Allah s.w.t. Moga pelayaran bahtera kalian yang sudah berkemudi bersama akan selamat sampai hingga ke taman syurga.
Saya percaya bahawa apa yang dipilihkan Allah untuk kita sememangnya terbaik bagi kita. Bukan hanya sekadar teori. Bahkan banyak dalam realiti, pasangan yang dikahwini itu pastinya saling lengkap melengkapi, apatah lagi bila redha Allah dijadikan matlamat dan taqwa menjadi bumbung penyelamat dari bencana dugaan nafsu dunia dan seisinya.
~Moga Allah sentiasa meneguhkan hati-hati kita di jalanNya...~
Get More Islamic Testi Here!
3 comments:
salam alaik
blh tanya,
mana blh sy dptkan buku ni?
Waalaikumsalam.
Miss Zahidah tinggal di mana ye? Saya meminjam buku ini dari seorang rakan yg membeli di kedai buku di jln Masjid India, KL.
Jika Miss Zahidah tinggl di kawasan sekitar KL, boleh ke jalan Masjid India. Di sana byk dijual buku-buku sebegini di sebuah kedai buku bernama Fajar Ilmu Baru, tingkat 2.
Atau untuk beli melalui online, boleh lawat laman ini: http://www.fajarilmubaru.com.my/
Moga ia membantu =)
Maaf, tp mgkn ada juga sesetgh buku yg tak didapati scr online. Perlu ke kedai buku itu sendiri.
Ini utk maklumat lokasi:
Fajar Ilmu Baru Enterprise terletak di tingkat 2, Wisma Yakin, Jalan Masjid India (masuk melalui lobi utama dengan menaiki lif), Bangunan Wisma Yakin amat mudah dikenali kerana ia merupakan pusat jualan dan tumpuan membeli pakaian baju melayu dan baju kurung di musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Untuk ke Wisma Yakin, anda boleh menaiki sebarang pengangkutan awam yang ada di Kuala Lumpur. Untuk lebih selesa dan senang, anda boleh menaiki perkhidmatan LRT dan turun di Stesen LRT Masjid Jamek. Jarak antara stesen LRT Masjid Jamek dengan Wisma Yakin lebih kurang 300 meter sahaja.
Post a Comment