Kita adalah agen perubahan. Agen untuk menjadikan bumi Allah diselaputi keselamatan dan kesejahteraan.
Lalu, bagaimana untuk berubah dan melakukan perubahan bagi mencapai keredhaan Allah?
Langkah-langkahnya:
Pertama: Jiwa bersih + Aqidah yang benar = Iman yang sempurna
Kedua: Kesatuan hati + Cinta dan kasih sayang = Ukhwah yang mantap
Ketiga: Ikhlas = Rela berkorban
Kemudian, campurkan semua ramuan ini hingga sebati.
Moga, resepi perubahan dan anjakan paradigma kita akan berhasil bagi menggapai keredhaan-Nya.
Selamat mencuba!
-Doa rabithah-~Ya Allah, Engkau telah mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah memikul janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalannya yang sebenar.
Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak akan pudar, lapangkanlah dada kami dengan limpahan iman terhadap-Mu, juga dengan tawakkal kepada-Mu.
Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik-pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong, Ya Allah. Perkenankanlah permintaan ini. Ameen ya rabbal 'alamin...~
0 comments:
Post a Comment