Dec 31, 2023
Menutup Tirai Tahun 2023
Dec 18, 2023
Ready to Sail Away
I dedicate this post to my children. Hopefully, one day, when you have grown up enough, you will realise how much Ummi loves you.
Ummi was a fighter, is a fighter, and will always be a fighter. Your great-grandfather, surname Fu/Foo (Chinese Dynasty), and great-grandfather of Suku Semelenggang flowed in blood from the Chinese military officials and Naning warriors. And I hope we will be the warriors in this end world, following Allah's obligations and Prophet Muhammad's guidance.
Ummi had my first punch at an 11-year-old delinquent boy when Ummi was 12. I cried for help at that time, but no one came. People there were just bystanders. And I knew that I needed to do that on my own to save myself. Being a popular girl at school was not fun at all.
Since then, I have protected those who are dearest to my heart.
As a mother, I will always be aware the risk factors that could harm my children. I may endure the constant belittling of words that invalidate my feelings, often accusing me of overthinking and having delusions, and so on. I always pray that Allah may grant me Jannah or even a beautiful castle there if I keep my patience and endurance for such a person.
At first, I empathised with the insecure person who had that adverse childhood experience. But when seeing my children being thrown 'thrash words', such as "tak guna, ada otak tak boleh fikir, tak boleh harap," always keep blaming others and throwing tantrums at you, I just cannot stand to bring out my armour. It happens more regularly and harshly these days.
My ship is ready to sail away. Just 1 and a half years more to graduate with my PhD scroll and save my children to a safe place, insya Allah.
~Insya Allah, one day~ |
Dear lovely children, I want you to be role models and beneficial for this ummah. Ummi can see that those toxic words have somehow influenced you now.
Bertahanlah. Innallahha ma'ana. Just some more time.
Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya). [Hadith Riwayat Tirmidhi 3895]
Dec 7, 2023
Ibrah Proposal Defense : Open Up
~Alhamdulillah, syukur atas kurniaan Allah semuanya.~
Alhamdulillah syukur semalam selesai Proposal Defense di Kulliyyah of Nursing. Tak jangka pun untuk dapat proposal defense without correction sebab selepas 2 minggu lepas hantar projek research proposal ke admin Kulliyyah, dan baca semula dok cakap "Aduh, kenapa lah boleh tersilap ni."
Ala kulli hal Alhamdulillah, cuma perlu perincikan bahagian metodologi kajian untuk pembetulan. Syukur sangat.
Rasa terharu juga untuk Chairman yang bagi support sempat bagi hint bila masa tinggal 10 minit, dan puji slide saya (walaupun diri sendiri rasa macam ada je tak kena kat slide tu). Dan kepada examiners yang memulakan feedback dengan kata-kata positif, "Good job", "I can see your hard work from this." Walaupun diri sendiri rasa macam belum 100% hard work lagi, sebenarnya saya sangat terharu.
Rasa terharu untuk semua support daripada team supervisory saya, Dr Firdaus, Dr Siti, dan Dr Redzuan.
"Congrats, boleh jawab semua soalan tadi." kata Dr Siti.
Rasa nak rakam je bila Chairman buat pengumuman "You have passed your proposal defense." Alhamdulillah Penyelia Utama saya seorang extrovert, jadi dapatlah bergambar bersama dengan semua asbab cadangan penyelia utama saya. Kalau diri sendiri, asyik tak terluah je.
~Semoga Allah berkahi perjalanan ilmu ini~ |
Ibrah
Apa yang satu perkara penting saya belajar daripada Proposal Defense ni?
'Open up'
Sebagai makhluk introvert, untuk luahkan adalah satu struggle saya daripada dulu.
Sebab rasa :
'tak perlu kot cakap sekarang,'
'nantilah'
'penting ke untuk cakap tentang tu?'
Kadang-kadang saya akui saya tak tahu perkara tersebut penting untuk orang itu atau orang lain tahu. Sebab mungkin saya rasa tak penting untuk orang itu tahu, (kot?)
Jadi di akhir sesi feedback pada Bab 3, examiner ada bertanya tentang bagaimana saya nak handle spesimen, suhu, dan sebagainya.
Ye, se'simple' Nadiah Shamsuddin ini adalah saya letakkan dalam penulisan bahawa saya akan handle sample dalam data collection seperti disarankan oleh expert bernama A tahun XYZ. Dan saya memang jangkakan untuk examiner bertanya tentang itu dalam pembentangan nanti.
Cuma ia tidak diletakkan secara terperinci dalam Bab 3, sebab saya menganggap nanti dalam tesis sebenar boleh cerita lebih terperinci.
Jadi, ya, untuk 'open up' sebenarnya memberi kesan bukan saja dalam hidup tapi juga dalam tesis saya.
Flashback
Teringat dulu roomate zaman degree saya kata (selepas majlis makan malam hujung semester), tak cakap pun dengan dia dapat Dean's List semester itu. Yelah, roomate saya tu hampir setiap semester dia Dean's List. Setakat saya ni apalah sangat, kan...hu. Dan waktu tu rasa 'kenapa saya perlu bagitahu?' Macam juga apabila setelah apply Phd, pensyarah degree saya terasa hati sebab tak bagi tahu sebab dia anggap saya dah macam rakan dia.
Bak kata mentor saya Dr Roket dalam seminar RIC 2 (Untuk beberapa orang geng-geng yang seperti saya yang dipanggil ke depan waktu tu sebab susah nak kongsi): "Learn to share it."
Maaf sangat sekiranya saya seorang yang 'clueless'. Insya Allah saya akan terus belajar.
~Alhamdulillah apa pun syukur untuk segalanya, perjalanan untuk Ummah ini diteruskan~
Kepada sesiapa sahaja di luar sana, yang sedang berhdapan 'stuck' atau 'negative vibes' dalam journey Master Phd, dan ingin rasa seperti journey saya atau sahabat-sahabat saya dengan 'coach' yang sama yang telah Viva dan serta beberapa orang lagi yang telah dapat pelbagai anugerah termasuk Tesis Cemerlang, saya sarankan anda untuk jumpa kami di Program Postgraduate Transformation Program (PTP) Oktober 2024, bertempat di Shah Alam, Selangor, ini di link ini. 'Sesi Klinik' untuk cabaran tesis anda juga disediakan.
Nov 25, 2023
Sahabat: Mari Kita Berjiran Di Syurga
~ Kita tak mampu berpisah dengan kenangan, ia akan dijadikan sejarah atau tauladan untuk masa depan. Dan rakan-rakan seperjuangan dulu tidak mampu kita lupakan, moga perjuangan kita semua sampaikan kita ke Syurga yang berkekalan~
Kadang-kadang rasa rindu pada sahabat-sahabat lama saya menerpa. Rasa rindu nak bertemu, nak bersembang seperti dulu, rasa rindu nak berteman dan berjalan petang-petang bersama. Ada juga kami bertelingkah tetapi tidak lama. Bila kenang kenangan lama, ada yang buat saya tersenyum sendiri.
~Ya Allah, rahmatilah semua sahabat-sahabat saya~ |
Dulu
Ketika itu saya baru masuk ke Tingkatan 4:
"Prefect ni dah rampas kau dari aku." kata seorang rakan saya yang kami bersahabat semenjak dari Tingkatan 1.
"Haha." Saya tertawa mendengar ngomelannya. Sahabat saya, Nisa, itu suka bercerita, gaya mak-mak kadang-kadang walaupun itulah personalitinya semenjak kami berkenalan di Tingkatan 1. Jadi omelannya tu membuat saya tertawa.
Apabila naik Tingkatan 4 ,saya dilantik menjadi pemimpin pelajar. Jadi, ada masa-masa seperti mulai awal pagi saya perlu lakukan tugas sebagai pemimpin pelajar seperti cek asrama selepas pelajar keluar ke sekolah atau cek kebersihan kelas di awal pagi. Jadi, kami tak dapat jalan ke sekolah bersama-sama seperti dulu. Dah bertukar jadual waktu.
Ada juga sahabat lain dalam kalangan pemimpin pelajar yang rapat dengan saya, memandangkan kami juga sekelas. Jadi, selepas buat tugasan, kami ke kelas bersama.
"Prefect dah rampas kau dari aku. Shera pun rampas kau dari aku." selalu ujar Nisa pada saya tiap kali kami bertemu.
"Lah...Mana ada rampas. Kan aku kawan dengan kau lagi." Pujuk saya.
Ia berlanjutan sehingga kekadang memang saya perlu bahagikan masa sama rata untuknya dan sahabat saya yang satu lagi.
"Nisa ada bagi surat kat aku." Kata Shera pada saya pada suatu hari.
"Aik, surat apa?"
"Surat luahan hati dia. Dia kata aku rampas kau dari dia. Haha." Kata Shera sambil ketawa. Saya lega sebab Shera jenis happy-go-lucky dan tak ambil hati dengan Nisa.
Dan saya pun tak minta untuk baca surat tu dan tak tahu apa isi kandungan sebenar di dalamnya.
Sekarang
Kami masih bertegur sapa lagi. Kali terakhir saya keluar dengan sahabat-sahabat saya ini ketika saya sudah bekerja dan masih bujang. Keduanya bekerja di bidang yang tak sama dengan saya. Saya belajar di bidang kesihatan. Nisa pula di bidang kejuruteraan. Shera pula dah jadi peguam di firma GLC sekarang. Saya masih rindu sahabat-sahabat saya.
Masih ada lagi gambar yang saya simpan di mana kami makan bersama-sama sewaktu program rasmi di sekolah dan di meja yang sama. Tak silap saya di tahun akhir persekolahan. Keduanya masih lagi saya bertegur sapa di alam maya hingga kini.
Edit post:
Entri ni dah sangat lama saya simpan, cuma tak tahu bila nak post. Dan kali terakhir sebenarnya saya jumpa Nisa di masjid di Batu Pahat tahun ini di tempat ambil wudhu' asbab beliau sekeluarga keluar daripada highway Utara Selatan yang sangat sibuk dalam perjalanan JB ke rumahnya di Cyberjaya.
Sambil nak berwudhu', saya terpandang seseorang di pintu masuk. Dan saya terus bertanya, "Khairunnisa Khairil Mokhtar?"
Dan berlangsunglah kemeriahan kami bercerita di situ.
Dan kali terakhir jumpa Shera sewaktu ke majlis walimahtul urus beliau yang pernah saya ceritakan dulu.
Akan Datang
"Teman-teman pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa."
(Surah Az-Zukhruf; 67)
'Hari itu' adalah pada hari yang akan datang. Semoga kita semua bersama dengan ahli keluarga kita, sahabat dan kenalan kita di Syurga sana.
Sudah beberapa ketika kami semua tidak berhubung. Hampir beberapa tahun semenjak awal saya mula berumahtangga. Namun, akhir-akhir ini memang menebal semula rindu pada teman-teman saya. Kerana mereka itulah telah mencorak sebahagian episod hidup ini. Dan saya berharap mereka akan menjadi sebahagian episod saya di alam yang kekal di sana. Sebagai sahabat dan jiran di Syurga.
Semoga persahabatan dan ukhuwah itu akan kekal hingga ke Syurga.
~Doa kepada teman-teman yang kita sayang agar menjadi teman dan jiran kita di Syurga adalah suatu hadiah yang amat bermakna~
Nov 23, 2023
Sabar dan Nikmatilah Perjalanan Ini
Kepada sesiapa sahaja di luar sana, yang nak rasa journey Master Phd seperti journey saya atau sahabat-sahabat dengan 'coach' yang sama yang telah Viva dan serta beberapa orang lagi yang telah dapat pelbagai anugerah termasuk Tesis Cemerlang, saya sarankan anda untuk jumpa kami di Program Postgraduate Transformation Program (PTP) Oktober 2024, bertempat di Shah Alam, Selangor ini di link ini. 'Sesi Klinik' untuk cabaran tesis anda juga disediakan.
Nov 16, 2023
Bekerja Sebagai Hamba-Nya
~Kerjaya juga adalah ibadah.~
Saya terdetik untuk menulis di sini apabila melihat perkongsian ada yang telah mengisi borang sukarelawan KKM semalam untuk ke bumi barakah. (Tulisan entri ini sebenarnya dah beberapa hari lalu, tapi baru nak post hari ni).
Sewaktu single dulu sukalah pergi program pasukan bantuan paramedik untuk bantuan bencana atau sunat anak-anak kecil bersama NGO mahupun bersama universiti.
Subhanallah, indah rasa itu.
Kerjaya Perspektif Si Kecil Nadiah
Sewaktu kecil paling ingat zaman sekolah rendah, jika mak tanya, "Nadiah, dah besar nak jadi doktor?"
Saya jawab, "Tak nak."
Saya ingin menjawab sebabnya tapi saya diamkan saja.
'Saya tak nak jadi doktor macam ayah, boleh rawat pesakit, tapi tak ada masa untuk melawat saya.' Itulah getus hati waktu itu. Yelah, walaupun ayah bukanlah doktor perubatan moden, tetapi ayah ada klinik dan jumpa pesakit, jadi macam tu lah fikiran dan sangkaan anak kecil yang tidak memahami.
Teringat kata-kata Pakcik Rosdi Baharom tentang fenomena anak lapar ayah, bahawa anak-anak perlukan perhatian seorang ayah.
Anak-anak apabila masuk sekolah rendah, mereka mencari father figure untuk mereka contohi (yang ini tak ingat sumbernya).
Cuma waktu tu, walaupun tak berminat ikut jejak langkah ayah, saya terinspirasi nak jadi macam abang sebapa, yang belajar di luar negara. Jadi, nak belajar sungguh-sungguh macam beliau. Dah besar sikit darjah 5 ke 6, saya teringin pula nak jadi macam Dr Fadzilah Kamsah (Doktor yang ada PhD). Ha, macam-macamkan.
Apabila dah besar, belajar dan faham serba sedikit tentang agama, saya lihat pentingnya melihat kerjaya itu satu ibadah. Dan pentingnya melibatkan anak-anak untuk faham tentang pekerjaan kita. Pentingnya anak-anak juga melihat dan faham bahawa ibu bapa yang bekerja itu juga sedang menjalankan sebahagian ibadahnya kepada Allah. Dan bahawa sesungguhnya seluruh kehidupan ini adalah ibadah. Terpulang pada kita bagaimana untuk mengaturnya.
Pernah juga beberapa kali bawa anak-anak untuk bersama dengan misi bantuan bersama NGO, sambil beritahu anak, kenapa kita perlu jadi orang-orang yang membantu orang lain. Kita kerja, cari rezeki bukan hanya untuk diri sendiri. Tetapi hidup mati kerana Allah dan jadi manfaat kepada ummah.
~Dah besar (remaja) baru tahu, rupanya Almarhum ayah ada PhD. Semoga diri ini juga menjadi pencinta ilmu lillahi taala, mengikut jejak langkahnya~Simpan sini kad ini, walaupun klinik ini hanya tinggal kenangan. Semoga anak-anak ambil contoh yang baik dari Ummi, dan arwah atuk. Jadilah generasi yang cintakan ilmu, manfaatkan ilmu untuk dekatkan diri kepada Allah, dan untuk menempah Syurga Allah dan menggapai redha Allah dengan ilmu yang bermanfaat walaupun tidak semestinya dengan ilmu yang formal.
~Semoga kita semua terus menjadi generasi yang cintakan ilmu yang benar, dan mencambahkan ilmu di dada dan memanfaatkannya seperti air yang terus mengalir~
Oct 18, 2023
Palestin: Ajari Diriku
~Hasbunallah wa ni'mal wakeel~
Lebih seminggu perang Palestin-Israel memuncak. Walaupun telah bertahun-tahun penjajahan ini berlaku, kali ini perang ini membawa satu pengajaran (ibrah) baru untuk saya.
Beberapa ketika yang lalu, saya sering mengikuti keadaan bumi Palestin yang berkah dan indah. Pesisir pantainya, kedai-kedai di bandar Gaza, serta ada tanaman strawberi yang menjadi.
Dalam sekelip mata, hilang semuanya. Hilang pekerjaan, hilang tanaman, hilang orang-orang tersayang, hilang anggota badan. Semuanya terlalu singkat.
Ibrah daripada Allah untuk saya renungkan.
*****
Dalam keadaan itu, mereka tak sempat nak overthinking. Tak sempat untuk rasa terlalu takut kepada apa yang bakal berlaku dalam hidup mereka dalam masa yang singkat ini jika mereka hilang orang tersayang, jika mereka hilang pekerjaan, atau hilang sumber pendapatan.
Mereka ada tawakal yang besar kepada Allah. Yang mungkin tidak ada pada kebanyakan kita hari ini termasuk saya. Takut dan harap mereka hanya pada Allah s.w.t.
Hidup mereka, pasangan hidup mereka, anak-anak mereka, bahkan diri mereka sendiri - mereka telah letakkan bahawa semua itu milik Allah s.w.t. Dan Allah berhak mengambilnya bila-bila masa.
Kadang-kadang saya fikir kita di sini punyai banyak masa untuk overthinking. Walaupun tidaklah salah untuk berfikir tentang contingency planning iaitu back-up plan sekiranya apa-apa berlaku pada masa akan datang. Tetapi apabila ketakutan dan kerisauan menakluk diri lebih besar daripada tawakal kepada Allah yang membuat kita overthinking atau rasa gelisah menghadapi masa depan.
Inilah nasihat yang terdetik di hati saya untuk diri ini sendiri.
Subhanallah, daya tahan hati mereka sangat kuat kerana Allah s.w.t. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mendidik diri ini.
~Suatu hari nanti, kita akan berada di sini, insya Allah~ |
*****
Insya Allah selepas ini mereka akan bounce back dengan lebih kuat. Dan Palestin yang barakah akan menjadi indah lagi.
Dan kita di sini masih berjuang untuk menjadi setawakal dan sehebat mereka dalam menghadapi setiap sesuatu yang datang dalam hidup ini.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah 2: 153)
Sep 26, 2023
'Pause' Ummi: Anak-Anak Perlukan Kebersamaan
~Ada masa kita perlu pause dan renung sejenak. Dan pasti sering ada waktunya kita perlu meluahkan segala rasa yang bergelojak pada Pencipta kita, sebab tiada siapa yang benar-benar tahu apa yang kita hadapi, alami dan rasai melainkan Dia Yang Maha Mengetahui~
Nak mendidik ni bukan hanya sekadar cakap atau beri nasihat pada anak.
Minggu lepas, apabila anak-anak terpaksa bersekolah tahfiz online, dan perlu mengaji dan belajar di rumah, Allah memberi saya lihat perkembangan pelajaran anak-anak.
Fathimah Alhamdulillah lebih mudah dan lancar mengaji dan menghafaz. Manakala Khubaib pula prestasi mengaji dan menghafaz sudah menurun.
Apabila saya minta Khubaib menghafaz biasanya dia buat tak tahu. Yalah, waktu tu kita fikir kita buat kerja kita, dan mereka buat kerja mereka.
Ada anak terus ikut, tapi ada juga anak yang buat tak tahu dan main je.
Jadi, selepas beberapa hari, sambil layan Ali lepas anak-anak balik sekolah petang dan tunggu Maghrib, saya ajak Khubaib berada di sebelah sambil menghafaz surah-surah dalam Juzuk Amma sama-sama. (Tapi mak dia buka Al-Quran dalam telefon sambil pejam-pejam celik mata baca).
Al-maklumlah kali terakhir betul-betul menghafaz juzuk Amma waktu zaman belajar degree di UIAM. Sebab kami ada subjek perlu hafaz Juz ke-30 dan ada ujian hafazan selepas tu.
Mungkin juga ini cara Allah untuk tarbiyah diri supaya ulangkaji semula surah-surah hafazan dulu. (Dulu banyak kali berazam nak sambung ulang kaji, tapi tak buat-buat).
Anak-Anak Perlukan Kebersamaan
Ada masa apabila layan si kecil Ali, Fathimah cemburu. Ada masanya apabila layan Ali, sambil Khubaib tanya soalan-soalan trivia dia, mak dia ni tak larat nak jawab. Umminya ni introvert, bateri pun dah lemah nak menjawab di hujung-hujung hari.
"Ummi suka negara mana satu, Norway ke Finland?"
"Ummi, apa momen paling bahaya dalam hidup Ummi?"
Itulah antara soalan-soalan dia.
Waktu malam, jika tidurkan Ali, biasanya tertidur sekali, sambil kononnya buka telefon supaya tak terlelap bersama (dan telefon pun terbuka sampai pagi).
Ha, belum masuk layan Ali jam 1 pagi main mainan walaupun ibunya ni dah terlelap sekejap sebelum itu.
Hari Ahad hingga Khamis selepas waktu anak-anak balik daripada sekolah adalah waktu sepenuhnya untuk mereka.
~"Ummi, jom-jom." Ajak Ali minta main sekali.~Konklusinya, apabila nak minta anak-anak buat sesuatu, ibu atau bapa kena buat sama-sama dengan anak. Walaupun hakikatnya mula-mula kita berharap anak-anak kita boleh bermain sendiri, boleh menelaah pelajaran sendiri.
Hal-hal berkaitan menulis tesis, artikel atau pun berkaitan dengannya perlu ditolak masuk waktu hari siang keesokannya.
Walaupun banyak keserabutan kerja-kerja yang menunggu bersarang di kepala, tetapi telah diperuntukkan waktunya siang hari.
Yalah, kerja ni ada masa tenang. Ada masa ia datang bertubi-tubi macam ombak-ombak yang datang bergelombang.
Dan minggu ni gelombangnya pun dah mula nampak garang. Insya Allah, semoga Allah permudahkan stage akhir untuk Proposal Kajian, artikel Scopus, dan penerbitan buku yang semuanya bertindan ini, termasuklah kerja-kerja persatuan Kulliyyah termasuk yang terbaru perlu kolaborasi dengan universiti lain.
Kadangkala rasa macam semua datang dalam satu masa, dan tak terlayan. Overwhelmed.
Tapi yakin bahawa Allah tak bagi ujian yang hamba-hamba-Nya ini tak mampu menanggungnya.
Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'alul huzna idzaa syita sahlan.
Artinya: “Ya Allah, tidak ada sesuatu yang mudah kecuali memang Engkau yang memudahkannya dan Engkaulah yang menjadikan segala sesuatu yang sulit itu menjadi mudah jika memang Engkau kehendaki.” (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Sunni)
~Masa bersama anak-anak adalah pelaburan jangka masa panjang dan tak akan pernah tergantikan~
Sep 15, 2023
Apa Rahsia Mendidik Anak?
~Menjadi ibu bapa memang memenatkan tetapi juga ia perjalanan yang menggembirakan~
"Saya sebenarnya nak tahu apa ye rahsia ibu bapa Fathimah didik Fathimah di rumah? Saya tanya juga Fathimah di rumah belajar macam mana. Tapi dia jawab sikit je."
Komentar cikgu yang mengajar Fathimah waktu di sekolah tahfiz dalam sesi Temu Kasih dua hari lepas (bincang tentang anak-anak di samping ambil report card. Kata beliau, Fathimah agak pantas dalam menghafaz Quran. Tak lama lagi dah boleh masuk silibus menghafaz Darjah 2.
Alhamdulillah, syukur sangat.
Sejujurnya tak ada rahsia apa pun sebagai ibu anak-anak ni nak cerita pada cikgu atau orang yang bertanya.
Ummi dia pun tak expect Fathimah dapat nombor 1 dalam kelas.
Khubaib pun sama.
"Khubaib ni sangat genius. Dia boleh hafal 30 perkara dalam masa (berapa minit entah, Ummi pun tak ingat 3 minit atau berapa lama). "
Bersungguh cikgu Khubaib di sekolah rendah bercerita sewaktu tahun lepas Ummi jumpa cikgunya.
Sebagai ibu, pertama sekali memang syukur sangat atas apa yang Allah kurniakan. Namun, bukan objektif utama Ummi membesarkan anak-anak untuk dapat nombor satu dalam kelas masing-masing.
Apa yang orang sekeliling nampak tu adalah hanya the tip of the iceberg.
Cuma Ummi dia akan annoyed apabila mereka asyik tengok cerita lagi-lagi kalau yang merepek tu atau yang bercakap kat youtube tu menggunakan perkataan yang tidak sopan. Ini biasanya khas untuk Khubaib. Sebab Fathimah lebih taat dan patuh bab mematuhi peraturan Ummi di rumah.
Parenting is a tiring and daunting task.
Waktu anak-anak umur 5, 6 tahun dulu selalu komen kenapa mereka tak dapat telefon masing-masing macam kawan-kawan atau sepupu mereka.
Bukan mudah nak yakinkan mereka yang usia mereka belum sesuai lagi. Last sekali Ummi kata, "Ok, kalau nak telefon masing-masing, Ummi akan kerja semula. Nak Ummi ke nak telefon?"
Dan lepas tu, mereka dah jarang bangkitkan perkara itu.
Apabila dah besar ini, lain pula ujiannya. Hujung minggu lepas je Khubaib memberontak dengan Ummi sebab tak nak buat latihan Matematik. Sebab sebelum tu, dia mengadu tak suka kelas Matematik banyak sangat dalam satu hari sebab tak suka topik darab yang makin susah. Sampaikan waktu pagi nak pergi sekolah nangis sebab hari tu ada 2 kelas Matematik.
Jadi, hujung minggu Ummi rancang nak bantu dia mendarab tu. But end up dia sibuk nak tengok cerita dan marah Ummi sebab suruh buat latihan, siap koyak bahagian buku latihan Matematik yang dibeli. Dan Ummi pun quite emotional lepas Ummi tahu tu, dan Ummi buang buku tu selepas tahu apa yang dia buat pada buku tu (buku tu kami beli di Popular dan bukan buku sekolah).
Ummi tahu apa yang Ummi buat tu salah. Mungkin Ummi dah burn out physically dan emotionally waktu tu, sebab Ali muntah-muntah dan cirit-birit bermula hari Khamis hingga hujung minggu lepas, dengan jadual tidur Ummi yang menjadi haru biru, di tambah lagi perlu buat banyak kerja mencuci sebab Ali asyik termuntah-muntah. Terima kasih kepada Abi yang tolong basuhkan Toto waktu malam, sambil Ummi melayan Ali.
~Menunaikan hajat anak-anak nak main playground selepas pertemuan Temu Kasih~Ummi harap Allah pandang usaha dalam mendidik anak-anak supaya jadikan mereka anak-anak yang soleh dan bermanfaat untuk ummah, dan dapat masuk Syurga yang tertinggi sama-sama.
Ummi selalu teringat Abi cerita pada Ummi tentang kawan Abi pergi haji (dah berpangkat ayah pada kami) tentang beza pendidikan ibu pada anak-anak. Berdasarkan dua kali perkahwinan beliau, katanya pendidikan ibu itu sendiri beri kesan yang berbeza kepada karakter dan pencapaian anak-anaknya (yang berlainan ibu).
Bagi Ummi, tak ada resepi rahsia untuk mendidik. Ummi pun masih banyak perlu baiki diri. Dan berbanding mengharapkan Abi yang dah penat mencari rezeki, Ummi percaya ibu adalah tonggak pertama dalam mendidik anak-anak bermula di rumah.
~Perjalanan mendidik ini masih panjang, dan akan ada lagi liku-liku cabaran di hadapan~
Sep 6, 2023
Firasat Atau Lintasan Hati
Pernahkah kita ada lintasan hati atau firasat tentang sesuatu yang akan terjadi dan ia benar-benar terjadi?
~Lebuhraya Senai Desaru~ |
Kadang-kadang lintasan hati atau firasat itu yang datang hanya dalam sepintas lalu, membuatkan kita tertegun sejenak ibarat melihat suatu anak panah yang lalu dengan laju di depan mata.
Saya pernah mengalaminya tetapi jarang-jarang sekali. Dan biasanya jika Allah hadirkannya, ia adalah tentang peristiwa-peristiwa penting dalam hidup ini. Samada ia memberi kesan hanya kepada diri atau melibatkan orang lain. Tetapi biasanya ia turut melibatkan orang lain. Yelah, kita kan hidup bersama manusia dan bukan hanya diri sendiri.
Ada yang ambil masa hanya beberapa hari untuk ia terjadi, ada juga sehingga ke beberapa tahun.
Ada masa saya takut sendiri, tetapi waktu itu hanya fikir mungkin Allah nak beritahu sesuatu. Ada masanya, saya cuba ignore saja. Walaupun adakalanya semakin hari, ia semakin nyata.
Saya tiada kuasa melainkan apa yang Allah takdirkan untuk saya.
Mungkin itu cara Allah nak saya bersedia untuk menghadapinya.
******
Antara salah satu lintasan hati yang terjadi dalam jeda masa yang singkat adalah sewaktu saya dan kawan-kawan sepejabat terlibat dalam kemalangan sewaktu kami dalam perjalanan balik daripada kuliah di UTM.
Ketika dalam perjalanan pergi, saya tiba-tiba terlintas tentang 'apa saya perlu buat jika accident?'
Maka, saya letak beg laptop di kaki sebab duduk di hadapan sebelah pemandu. Saya fikir jika kemalangan, harapnya bahagian depan kereta jika remuk tak terus terkena kaki saya.
Saya juga pesan pada kawan saya di tempat duduk belakang yang masih dalam tempoh berpantang, untuk pakai tali pinggang.
Alhamdulillah kami selamat sampai di UTM. Namun, ada lagi perjalanan pulang daripada JB ke Bandar Penawar yang kami perlu lalui setelah habis kelas dan selepas tunaikan solat Maghrib di UTM. Sempat saya berpesan berkali-kali pada sahabat di belakang untuk pakai tali pinggang.
Dan Allah izin, dalam keadaan hujan itu, kami terbabas selepas kereta memotong dan masuk ke longkang dalam di tepi lebuh raya. Namun, rakan saya di belakang tidak pakai tali pinggang sebab dah terlena, dan tercampak keluar tidak jauh daripada kereta.
Semua itu pernah saya ceritakan di entri ini. Dan ketika kejadian itu berlaku, ia seperti satu tayangan semula yang pernah saya lihat dalam mimpi suatu ketika dulu.
Ada juga beberapa lagi peristiwa yang berlaku selepas Allah berikan firasat atau lintasan hati. Berdasarkan semua yang telah terjadi, hakikatnya saya tak mampu mengubahnya walaupun saya cuba dan usaha. Apa yang saya lihat adalah Allah beritahu saya, bahawa itulah kehendak-Nya atau mungkin itulah yang telah tertulis.
'Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah jika Ia hendak memberi rahmat kepada kamu?) Dan (ingatkan lah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi penolong dan pelindung mereka."
(Surah Al-Ahzab ayat 17).
~Ya Allah, kuatkanlah hati kami, teguhkan tali kami dengan-Mu, dan bimbinglah kami.~
Aug 24, 2023
Phd: Kuatkan Semangat dan Jalan Terus!
Selalu Penyelia tesis saya berkata sebelum ini, "Bila dah bersedia, boleh submit borang untuk Seminar Gap."
Semalam selepas berakhirnya sesi seminar gap of knowlegde dan method (Pre-Proposal Defense) di bilik konferens di Kulliyyah kami, saya dan tim penyelia berbincang untuk tambah baik. Mereka sangat supportive untuk saya teruskan pula pembentangan Proposal Defense dalam masa terdekat ini.
Ikutkan penyakit perfectionist saya ni, memang rasa banyak lagi nak dibetulkan ni. Rasa macam banyak lagi yang di laut dalam, belum dikutip dan dimasukkan dalam proposal kajian ini.
Dan last sekali konklusi penyelia-penyelia saya bersungguh berkata, "Esok hantar borang."
Ya, borang untuk dapatkan tarikh pembentangan Proposal Defense.
"Dah boleh dah bersedia Proposal Defense ni. Ok, boleh vision untuk next grant lepas ni."
"Saya nampak gap of research awak."
"Really interesting dan out of the box study."
"Overall ok sangat."
Saya tepek sini some of the positive words daripada assessor, penyelia dan sahabat yang hadir online semalam.
Terima kasih kepada assessor, chairman dan ketiga-tiga penyelia saya, sahabat-sahabat yang hadir online seminar dan semua sahabat yang sangat positif untuk bagi galakan langkah seterusnya. Dan tak lupa mentor pengurusan tesis saya yang banyak didik kurangkan penyakit perfectionist pelajar Master Phd ni.
Macam biasa, saya tetap nervous, tapi insya Allah saya akan teruskan usaha ini (sambil tarik nafas panjang).
Infiniti syukur Alhamdulillah.
~Saya simpan sini sebagai memori milestone dalam hidup ini, dan harapan agar sesiapa yang membaca juga akan teruskan perjuangan dan kuatkan semangat anda!~
Aug 16, 2023
Tribute Untuk Anak-Anak Murid Kelas Ummi
Aug 2, 2023
Pacsa IICON 2023: Episod Bermakna
~Manfaatkan waktu dalam hidup ini, hargai masa bersama orang-orang yang Allah amanahkan untuk kita, dan teruskan perjuangan.~
Alhamdulillah syukur atas segala-galanya. Syukur sangat dapat buat pembentangan konferens buat pertama kali. Berdebar-debar sampai rasa nak muntah.
Apapun selain dapat membentang, Subhanallah sangat gembira jumpa guru-guru zaman ijazah dulu. Walaupun hampir 13 tahun lepas setelah menjadi anak murid kepada guru-guru, Allah izinkan guru-guru masih ingat lagi anak murid yang kerdil ni. Mungkin agaknya batch kami baru ke-3, senang nak kenal kan siapa tak datang tu. Hu.
Mengumpul juga energi-energi positif daripada sahabat satu batch Phd di Kulliyyah yang sudah selesai Proposal Defense, semoga Allah mudahkan perjalanan semuanya.
Alhamdulillah dapat jumpa sahabat-sahabat alumni. Yang jadi pengajar, yang sedang belajar, yang senior, yang junior, dan sahabat sekelas - subahanallah feeling reunion.
~My lovely classmates 2006~2010~ |
~Batch Kulliyyah of Nursing 2, 3, 4 dan 6~ |
Perbualan kami daripada bertumpu kepada diri, sampailah ke organisasi, dan masa depan profesion. Ha, dah lama tak cerita tang tu, dah lama tinggalkan topik-topik berat itu semua sejak last kami anjurkan simposium pertama kebangsaan dulu.
Saya bertanya juga bila boleh saya buat pembentangan proposal kajian (proposal defense) kepada penyelia utama. Kata beliau, "Esok pun boleh." Haha.
Terima kasih pada SV dan Co-SV yang sangat membantu.
Alhamdulillah berita gembira, Allah mudahkan next milestone insya Allah.
Seize The Moment
Saya selalu ingat pesan mentor saya, untuk seize the moment walaupun kita sibuk dengan tugasan-tugasan yang belum selesai.
Walaupun kita sibuk samada dengan kerjaya atau tugasan di luar rumah yang lain; ibu ayah, keluarga mertua, terutama sekali pengorbanan suami dan anak-anak tak boleh dilupakan.
Terutama sekali apabila due date conference semakin hampir, memang masa tidur saya dengan si kecil Ali pada waktu malam sangat sedikit. Suami memang sangat memahami dan selalu tanya progress. Apabila anak-anak dah tidur, suami siap menjadi assistant saya untuk tolong bacakan data lagi supaya jadi member-checking saya tak tersilap masukkan data.
What more could I ask for?
Semoga Allah balas kebaikan semuanya termasuk ahli keluarga yang supportive. Dan si Ali kecik, yang Ummi dia tinggalkan sekejap untuk pergi berjuang. Rewards anak-anak dan suami semasa saya sedang conference, adalah bawa mereka bersama. Sementara Umminya sedang bekerja di dewan hotel, anak-anak bebas mandi kolam, main playground dan gunakan kemudahan di situ. Dan terutama restu dan doa ibu yang Allah angkat ke-sisiNya, semoga Allah rahmati ibu bapa saya.
Jul 5, 2023
Pengucapan Awam: Menaklukkan Ketakutan
~Wahai Allah Yang Maha Permudahkan Segala Urusan, permudahkanlah urusan kami.~
~Gugup vs Percaya Diri~ |
Gugup
Setiap kali nak buat pembentangan, siapa yang rasa biasa je?
Dulu macam fikir semua orang akan rasa nervousness tu, tapi rupanya bukan. Kalau tanya Khubaib, dia akan jawab dia takde rasa apa. Haha.
Kalau tiba-tiba cikgu sekolah dia suruh baca doa di tengah khalayak ramai pun, dia ok je baca. Itupun minggu lepas Fathimah yang balik cerita pada Ummi dia ni.
"Ummi, tadi cikgu suruh Khubaib baca doa lepas makan dekat dewan terbuka."
"Khubaib tak nervous ke?" tanya Ummi kat Khubaib.
"Tak ada." selamba je dia.
.......................................
Cabar Diri
Pertama kali Ummi dia ni masuk pengucapan awam ni waktu darjah 6, konon nak masuk syarahan. Main masuk je tanpa sebarang ilmu. Memang jadi bahan gelak ketawa kawan-kawan lelaki waktu tu. Takpe lah, dapat juga nombor 2, walaupun malulah juga.
Masuk Tingkatan 1 cabar diri lagi. Masuk pertandingan pantun wakil kelas je, terjadi pemantun terbaik. Alhamdulillah terus jadi pelapis pantun sekolah. Waktu Tingkatan Satu tu masuk juga english debate (konon kan), tapi tak kekal lama, entah macammana masuk debat Bahasa Melayu. Masuk pertandingan sajak pula, kena cipta dan deklamasi sajak sendiri. Terus masuk bertanding Pertandingan Sajak peringkat daerah tu beserta seorang lagi abang senior Tingkatan 3. Abang senior dapat nombor 1, syukur Alhamdulillah Ummi dapat nombor 4, dapat pengalaman baru.
Bila tengok semangat Khubaib tu, sangat mirroring Ummi. Cuma Ummi membina keyakinan diri bila masuk sekolah menengah. Tak ada mentor, tak ada siapa yang galakkan suruh masuk. Semuanya dengan izinNya. Dan kadang-kadang mungkin terinspirasi sebab ibu suka tulis sajak ni.
....................................
Bermula Semula
Lama dah tak buat pengucapan awam aka public speaking ni. Last buat pembentangan kajian, depan pakar-pakar penyelidik ni zaman jadi pegawai penyelidik tahun lepas. Itupun online saja. Terima kasih sangat kepada principal investigator aka pensyarah zaman ijazah dulu yang bagi peluang untuk sama-sama bantu buat penyelidikan di peringkat antarabangsa. Rasa kecil sangat, tapi beliau mempercayai saya.
Selepas itu, hanya jadi moderator berkala program online Persatuan Pelajar Siswazah Kulliyyah hingga kini.
Sangat lama tak buat pembentangan secara fizikal. Minggu depan nak bentang, minggu ni dah rasa berdebarnya. Insya Allah, doakan pembentangan saya di conference berjalan lancar minggu hadapan. Nak balik semula berjumpa semua pensyarah-pensyarah yang saya sayangi waktu ijazah dulu di conference nanti, serta jumpa sahabat, senior, dan junior yang sudah bergelar pensyarah dan penyelia klinikal di Kulliyyah.
Doa Nabi Musa a.s yang dinukilkan dalam Al-Quran, Surah Thoha; 20: 25-28:
'Nabi Musa berdoa dengan berkata, "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku; Supaya mereka faham perkataanku."
~Semoga Allah rahmati guru-guruku dengan rahmat kasih sayang-Nya yang telah memberi peluang untuk percaya diri~
Jun 21, 2023
Catatan Phd 01: Maraton Round 2
~Perjalanan ini adalah untuk ummah~
Hari ini saya tinggal berbaki screening lebih kurang 10% baki artikel kajian yang perlu direviu. Dalam pada masa yang sama sedang menyiapkan beberapa subtopik dalam bab kajian literatur. Makin perlu kepada speed sebab saya mengejar dateline.
~Maraton sambil melihat hijau alam. Photo credit to White Star Running~ |
Hanya siang waktu saya yang boleh saya buat deep focus untuk siapkan kerja. Apabila petang dah jemput anak-anak balik sekolah, saya perlu pakai topi ibu. Fokus kepada anak-anak dan suami serta rumahtangga. Apatah lagi apabila telah menjemput Ali si kecil balik daripada rumah pengasuh, dia balas dendam nak Ummi nya saja.
Walaupun kadang-kadang ada rasa stress untuk siapkan dalam masa yang ada, namun fungsi saya sebagai ibu dan isteri serta anak kepada ibu bapa saya tidak pernah saya lupakan dan masih lagi berfungsi dengan baik. PhD bukan permanent head damage (seperti beberapa pengalaman dari blog yang saya baca), jika kita pandai menguruskannya.
Alhamdulillah, Allah jumpakan saya dengan mentor pengurusan tesis saya, Dr Hj Khairul Nizam dan Dr Mardiana, pengasas Dr Roket. Bukan perjalanan ini tiada cabaran, tetapi cabaran itu memberi pengalaman hidup dan menambah kualiti kepada daya tahan diri.
Subhanallah, nikmat Allah manakah ingin saya dustakan?
Saya nampak cahaya sepanjang perjalanan pengajian ini. Dan ini adalah marathon yang di mana saya sentiasa bersemangat untuk berlari hingga ke garisan penamat.
Teringat zaman merentas desa tingkatan 1 dulu, waktu kita tak bersaing dengan orang lain. Saya hanya terus berlari tanpa berhenti, sambil menikmati suasana kampung dan sepanjang larian hingga sampai ke destinasi.
Insya Allah saya nampak artikel kajian saya sedang dalam persiapan, dan tesis proposal saya yang semakin nampak 'grow' dengan sangat baik.
Cukuplah beberapa minit ini saya berkongsi. Had masa 20 minit saja untuk menulis di blog.
Semoga Allah sentiasa jaga kita semua.
Jun 7, 2023
Baitul Muslim: 10 Tahun Kita
Sejujurnya saya suka orang yang simple dan tidak banyak bermain emosi, sebab sebagai INFJ saya rasa penat apabila berhadapan dengan manusia sekeliling yang banyak bermain emosi. Ia mengambil energi saya.
****
~2 Jun 2013~ |
10 tahun lalu....
"Saya tak nak pakai baju macam tu, saya nak yang macam..." mesej itu saya baca daripada telefon.
Nasiblah nak pakai baju apa pun, yang penting pakai baju. Haha. Jawab saya sendiri.
Sahabat yang bersama saya ketika itu, yang telah lama menjadi BFF bertanya kepada saya (dan saya percaya BFF saya ni type INTP), secara ringkas saya ceritakan tentang mesej daripada tunang saya ketika itu berkenaan persiapan perkahwinan. Yelah, saya bukan kisah sangat bakal suami nak pakai baju apa pun waktu tu. Yang penting tutup aurat.
"Ok, yang penting tutup aurat." balas saya sesimple mungkin.
****
Kami kenal tak lama. Cuma sebelum kenal saya dah pernah bertanya rakan sekerjanya bagaimana bakal suami saya tu nanti.
Ketelitian dia tu memang saya jangkakan.
Oklah. Boleh lah melengkapkan diri saya yang simple ini.
Sehingga kini, hiasan rumah, pattern langsir, kasut, memang saya tanya dia. Haha. Sebab saya seorang yang simple je. Yang penting ia memenuhi fungsi sesuatu perkara tersebut. Kalau tak ada fungsi, tak perlu beli.
Dan saya juga jarang nak beremosi.
Cuma bila dah emosi, macam botol air gas yang penuh, kocak-kocak, sampai boleh meletup.
Saya percaya menjadi tenang tu bagus dalam setiap perkara. Dan saya cuba sedaya upaya untuk kekal tenang.
Dalam pelayaran bahtera kami, saya lebih suka kekal mendengar cerita-cerita suami saya. Anak-anak juga lepas je balik sekolah, penuh bercerita sampai ikut mak dia pergi sana sini nak bercerita. Kadang-kadang dalam kereta terutama perjalanan yang jauh, berebut anak-anak dengan bapanya nak cerita pada ibunya ni. Hu.
****
Cuma seminggu dua ini, saya perlu siapkan banyak task berkaitan tesis untuk mengejar dateline proposal defense, dateline menghantar abstrak untuk konsferens, di samping suami pula pergi outstation dan anak-anak juga di rumah sebab cuti sekolah.
Ya, saya seketika meletakkan diri saya sebagai pesilat superwoman di rumah. Alhamdulillah, sempat menulis tesis, kemas rumah, masak, join dua seminar secara atas talian sepanjang tempoh itu.
Tiada daya dan upaya melainkan daripada Allah semata.
Selepas suami saya balik, esoknya suami saya tanya satu soalan.
"Ummi, ada gosok baju pergi masjid Abi?"
Saya memandang suami saya. "Tak sempat nak gosok....bla bla bla bla." Dan saya penuhkan jawapan kepada suami saya berperenggan-perenggan termasuk lah kerja-kerja tesis saya, dan keadaan bersama anak-anak di rumah.
Suami saya tergelak-gelak. Katanya tanya satu soalan, jawab ya atau tidak je. Tapi panjang betul jawapan saya bagi.
Haha. Yelah, sebenarnya isteri ni nak certita luahan hati ni. Habis tu, nak cerita kat siapa lagi.
Malam suami balik saya tak cerita apa-apa sebab tahu dia pun dah penat, dan tengah teruja bercerita keadaan dia sepanjang outstation.
****
Dan biasanya apabila suami saya bercerita, suami tak suka dengar saya bagi solusi terutama yang kontra dengan pandangan dia (kecuali jika suami kata 'apa pendapat Ummi...'). Dan saya dengar je lah seperti biasa. Cuma adalah kadang-kadang tu saya nak menyakat juga, nak bagi solusi juga, lepas tu tengok dia annoying dengan saya. Huhu.
Begitulah 10 tahun kami bersama.
Syukurlah atas segala-galanya. Itulah belahan jiwa pasangan Allah ciptakan untuk kita. Dan Dia Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
~Wahai Allah, rahmatilah kami dan masukkan kami ke dalam Syurga yang Engkau redhai~
May 23, 2023
Ibrah: Berkaki Ayam Di Bawah Terik Mentari
~Ibrah akan menjadi ibrah apabila kita lihat dengan mata dan mata hati, fikir dan berdamai atas segala yang terjadi~
Suhu hari ini di Mersing, Johor sekitar 33-34 darjah Celcius. Seminggu sebelum ini memang lama tak hujan. Hinggakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kebenaran murid sekolah dan staf sekolah boleh memaki t-shirt rasmi di sekolah.
Awal tahun ini Malaysia dilanda fenomena La Nina, adakah bulan Jun yang dijangka akan dilanda El Nino benar-benar akan menjadi nyata?
Doakan kajian penyelidikan saya berkaitan fenomena alam ini dan sains kesihatan. Masih dalam di Semester 2, semoga semuanya berjalan lancar Insya Allah.
~Kisah budak berkaki ayam yang menjentik hati ini~ |
Kajian Penyelidikan Menjentik Minda
Dalam kajian-kajian penyelidikan yang lepas, saya tertarik dengan suatu kajian daripada negara China yang dijalankan kajian berkaitan adaptasi masyarakat luar bandar mereka terhadap suhu persekitaran yang panas.
Disebabkan keterbatasan mereka dalam menggunakan air-cond sebagai salah satu cara atau sumber untuk sejukkan badan, (yalah kebanyakannya kurang mampu dari segi kewangan), jadi, mereka menggunakan pelbagai lagi keadah adaptasi yang lain. Tertariknya saya apabila pengkaji menyimpulkan bahawa masyarakat luar bandar bukan sahaja beradaptasi tetapi mula membina resilience atau ketahanan terhadap perubahan iklim yang semakin panas.
Sebenarnya hari ini saya tergerak nak menulis bukan sebab kajian yang saya jumpai tu (dah berminggu-minggu dah jumpa).
Cuma, saya tertarik nak berkongsi apabila tadi lebih kurang jam 12:30 tengah hari jemput anak-anak balik sekolah (sambil menunggu dalam kereta yang berhawa dingin dan jammed nak masuk kawasan menunggu), saya lihat seorang murid lelaki berlari-lari anak berkaki ayam melintas jalan (bertar!) dari kawasan menunggu menuju ke kedai runcit berhadapan.
Satu perkataan yang terpacul dalam minda saya "Resilience!"
Subhanallah, mungkin ini salah satu sebab saya suka duduk di kampung dan besarkan anak-anak di luar bandar.
............
'Tahan betul panas kaki budak ni.' getus hati saya.
Senario tadi saya percaya sangat 'rare' berlaku di bandar-bandar.
Berpanas di bawah terik matahari yang sedang meninggi pun saya dah rasa perit, apatah lagi saunakan kaki di atas jalan bertar.
Budak lelaki tersebut memberi kan saya suatu pengajaran.
Ya, berbanding bergantung dengan satu sumber dalam kehidupan, kita perlu belajar menjadi resilience apabila berhadapan dengan cabaran. Gunakan kekreatifan yang ada untuk terus survival dan jangan mudah mengalah.
Alhamdulillah, syukur Allah beri hikmah hari ini untuk saya pelajari.
Topik perbincangan tentang samada nak beli penghawa dingin pernah juga saya keutarakan pada suami beberapa minggu lalu, dan saya kongsi dengan suami dapatan penyelidik daripada negara China di atas.
Dan saya katakan, 'takpalah, daripada kita bergantung kepada air-cond (teknologi), kita belajarlah bina ketahanan badan (reseliency) kita sendiri.
~Setiap yang berlaku pasti ada hikmah untuk kita pelajari~
Mar 14, 2023
The Power of Rejection
~Menangani rejection dengan baik, percayalah kita sedang mendaki tangga kejayaan.
Lagi tinggi kita mendaki puncak yang indah, lagi tinggi tekanan udara. Itu fitrah.~
Subhanallah, Alhamdullillah.
Tiada daya upaya kita melainkan kekuatan yang diberikan oleh Allah.
Allah izin saya ke seminar Dr Roket Program Postgraduate Transformation Program pada 3 hingga 6 Mac lepas.
Ia membuka suatu insight yang sangat bermakna sebenarnya untuk saya iaitu "the power of rejection."
Kisah Sepanjang Zaman
Dan kisah "the power of rejection" ini sebenarnya sangat banyak Allah nukilkan dalam Al-Quran, dan dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang sepatutnya menjadi ikutan kita.
Nak buat baik, nak tegakkan kebenaran dalam perjuangan hidup bukan jalannya macam lebuhraya yang lurus je gitu. Ia jalan yang penuh berliku, penuh cabaran dan penolakan.
Dakwah Nabi di'reject' dengan bermacam cara. Tapi adakah baginda mengalah?
Tidak, sebab Allah bersama baginda.
Semakin dakwah Nabi nak disebarkan, semakin kuat tentangan dan rejection, tetapi rejection ini terus menguatkan Nabi dan para sahabat dengan bimbingan daripada Allah s.w.t.
~Melihat rejection sebagai positive reinforcement untuk berjaya~ |
Ibrah
Jadi, dalam hidup ini, kita akan banyak menerima penolakan. Tetapi itu semua adalah hanya sebahagian daripada bab-bab kejayaan dalam kehidupan kita.
Insya Allah, lebih banyak rejection, lebih bertahan kita dan terus mara untuk berjaya. Rasulullah s.a.w sangat tenang apabila berhadapan rejection.
Semoga kita pun begitu juga.
Selawat dan salam atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w.
~Menghayati, mengangumi dan menuntuni sebahagian kisah dan perwatakan baginda Rasulullah s.a.w. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad~
Jan 29, 2023
Nak Kurus Atau Nak Sihat
~ Nak kurus atau nak sihat?~
Rasa dah sebulan suami minta surveykan grup untuk sihat dan kurus untuk dia. Mula-mula ingat, tapi selepas tu sibuk dengan urusan sendiri dan rumahtangga, terus lupa. Tambahan lagi, memang tak tahu sangat tentang grup-grup berkaitan ni. Jadi, kurang motivasi untuk search. Jadi, suami pun teruskan lah dengan aktiviti jogging dia hujung minggu.
Namun, katanya, macam tak keluar peluh. Dan saya pun speechless. Hanya bagi motivasi sajalah untuk terus konsisten jogging.
Ha, yang bagi motivasi ni macam mana pula?
Biasalah, alasan kan. Kena tunggu anak-anak termasuk si kecil ni kat rumah lah. Kena tunggu Ali yang paling kecil ni besar sikit lah. Lepas tu, bagi alasan Ummi ni dah halus dah pun. Nak masuk geng underweight dah. Huhu. Bila jumpa orang kata dah kurus, lagi kurang semangat nak bersenam tu. Haish, tebal betul alasan tu.
Baru-Baru Ini
Seminggu ni, hujan aje. Jadi, encik suami pun tak dapat keluar jogging. Tak nampak pula raut sedih atau kesal dia tu sebab tak dapat jogging.
Suatu hari, nampak dia bersenam sambil tengok handphone. Ha, dah kenapa pula kan. Haha.
Kalau dulu-dulu sebelum mengandungkan baby ketiga sebelum Ali, saya selalulah tengok handphone (guna apps) untuk bersenam. Anak-anak pun suka join sekali. Alhamdullillah completelah cabaran bersenam 30 hari dalam aplikasi tu. Anak-anak memang suka terutama Khubaib, kalau tak ajak, merajuk dia. Bila dah habis senam, ambil gambar bersama mereka untuk letak dalam kolum achievement aplikasi tu.
Waktu tu memang bersungguh nak ada baby dan jaga berat badan. Berat dah cecah 54 kg masa tu, dah lah diri ni petite je. Siap ada aplikasi Healthify dalam telefon lagi untuk trace kalori makan.
Cuma encik suami tak joinlah. Encik suami lebih suka pergi bersukan petang-petang. Cuma katanya, susah sangat nak keluar peluh.
Dan kali ni, rasa terkejut juga apabila tengok dia bersenam sambil tengok handphone. Ha, keluar habis peluh-peluh. Haha.
Apabila tengok suami bersenam, terus teringat, 'Eh, ni senaman yaang aku selalu buat dulu ni.'
~Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk hidup sebaiknya dan menjaga amanah tubuh badan ini seperti yang dicontohkan oleh baginda Rasulullah s.a.w~ credit gambar: ibuberbicara.blogspot.com |
Jentik Hati
Suami ada kata, dan perkataan tu terus menjentik hati dan minda saya ni.
"Bersenam ni bukan saja untuk nak kurus, tapi untuk kita nak fit juga. Kalau kurus pun masih kena fit. Senang nak buat ibadah." Lebih kurang macam gitulah katanya.
"Ye, betul-betul". Jawab saya.
Lepas tu, saya dok terfikir kat diri sendiri. 'Ni Allah nak dok ingatkan aku lah ni agaknya.'
Yalah, sebagai orang yang ada sedikit ilmu tentang perubatan, bukannya saya tak tahu bersenam tu sangat bagus untuk tubuh badan dan bukan untuk kurus je. Cuma ada ilmu tapi tak nak praktis kan. Atau ada ilmu tapi tak sedar pun ilmu tu pernah ada dalam otak ni. Nak buat atau tidak je.
Ramai je yang tahu tapi tak mahu.
Jadi, hari ni saya cabar diri sendiri. Nak kalahkan rasa malas tu dan macam-macam alasan tu.
Sebab saya tahu apabila badan kita sihat, insya Allah perkara-perkara negatif daripada badan dan minda kita akan keluar. Dan badan kita sedang buat perkara yang positif iaitu perkara kebaikan, yang ikut sunnah Nabi s.a.w.
Pagi ni saya bersenam Tabata je untuk beginner. Salah satu high intensive interval training (HIIT) yang saya selalu buat dulu. Bertahun dah tinggal. Saya suka senaman Tabata ni sebab ada variety senaman dan masa yang diambil pun sekejap je. Sesuai lah untuk orang-orang yang ada komitmen dan sibuk.
Em, baru buat satu pusingan pun dah semput. Lama sangat tak buat. Hu. Insya Allah next senaman kita tambah pusingan kedua. Untuk sesiapa yang ada isu / masalah kesihatan, boleh tanya nasihat doktor dulu ye sebelum buat.
Alhamdulillah, kali ni tengok suami bersungguh nak turunkan berat badan dan sihat. Siap ada coach lagi. Well done Abi!
Ok, selamat menyihatkan diri semua.
~Jom ikut sunnah, insya Allah dapat berkah~