Sungguh menakjubkan keadaan orang-orang yang beriman. Sesunggunya seluruh
keadaan orang beriman hanya akan mendatangkan kebaikan utntuk dirinya.
Demikian itu tidak pernah terjadi kecuali untuk orang-orang beriman. Jika dia
mendapatkan kesenangan maka dia akan bersyukur dan hal tersebut merupakan
kabaikan. Namun, jika dia merasakan kesusahan maka dia akan bersabar dan hal
tersebut merupakan kebaikan untuk dirinya.(Hadith Riwayat Muslim)
Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan pertengahan semester 1 Tahun Akhir ini. Segala puji bagi Allah, kerana masih menghadiahkan rasa bahagia dalam hati ini biarpun terasa penat lelah sepanjang Ramadhan mengejar masa yang sentiasa akan berlalu pergi.
Ya Allah, terima kasih mengurniakan cebisan rasa bahagia di hati hambaMu. Sesungguhnya rasa bahagia ini tidak mungkin didapati sewenang-wenangnya kerana ia adalah milik-Mu jua. Kau yang berhak memberikan serta berhak mengambilnya kembali.
Teringat kisah Murtabak yang saya idamkan di suatu hari beberapa hari lalu. Bercadang selepas kelas petang, kami akan mengambil bas UIA jam 5 untuk balik ke mahallah dan kemudian singgah membeli murtabak. Namun, belum sempat pukul 5 petang, kami ditinggalkan bas. Sedih.
Sewaktu berbuka, saya segera menuju untuk membasuh tangan sebelum berbuka bersama-sama. Tidak sangka tergelincir jatuh pula di muka pintu. Sakit-sakit seluruh badan, hanya Allah yang tahu.
Namun, Allah itu Maha Kaya. Maha Mendengar dan Mengetahui segala isi hati biarpun tidak dizahirkan hambaNya.
Selepas solat Terawikh, saya bertemu seorang rakan. Mengajak untuk makan moreh bersamanya. Hidangan Murtabak. Ya Allah, Allah benar-benar sebaik-baik Perancang!
Kami keluar dari musolla. Kemudian, diberi pula kuih moreh oleh pihak MRC (Mahallah Representataive Council). Sesampai di bilik, alangkah terperanjatnya saya bahawa kuih tersebut adalah termasuk sebiji murtabak kecil.
Ya Allah, tidak terungkap ucapan itu dengan kata-kata untukNya...
Walaupun hanya pada Kisah Murtabak di bulan Ramadhan, terasa cinta Allah itu sangat tinggi nilainya pada diri. Tidak mahu hambaNya ini kesedihan. Dia mengetahui apa yang hati hambaNya ini sembunyikan. Dia mengurniakan bahagia pada siapa saja yang dikehendakiNya. Hargailah cinta ini. Yang tidak mungkin seorang kekasih (manusia) mampu membaca isi hati atau mampu memberi bahagia pada diri.
~Bahagia itu ada pada jiwa, ada pada hati. Bila susah tiada gelisah, bila miskin tetap syukur pada Allah. Bila ditimpa sakit, jiwa tidak resah. Hakikat bahagia itu tersembunyi. Namun, tetap terpancar pada diri. Itulah bahagia yang ada pada hati.~
0 comments:
Post a Comment