Hari ini akhirnya saya berjaya menyudahkan 'presentation qualitative research' setelah menduduki peperiksaan Health Economics di sebelah pagi. Masih ada beberapa lagi assignment yang perlu dihantar dan ada 1 lagi peperiksaan bertulis dan OSPE (Objective Structured Physical Examination) pada esok hari; Oncology Nursing.
Saya tertarik dengan sebuah kajian yang dipersembahkan oleh seorang rakan sebentar tadi tentang implikasi penceraian ibu bapa terhadap anak-anak. Tajuk yang dipilihnya; Implications and Repercussion of Parental Divorce on College Students and Their Recent, Current and Future Romantic Relationships oleh Kevin Cournoyer, Veronica Kemeny dan Alie Lipson.
Sekadar perkongsian.
Penemuan mendapati beberapa persamaan yang dikongsi oleh anak-anak ini.
Hubungan dengan ibu/bapa
Anak-anak yang ditinggalkan oleh salah seorang 'parents' mereka akan merasakan hubungan yang renggang dengan ibu/bapa yang berpisah dengan mereka. Ibu/bapa yang berpisah dengan anak-anak ini akan semakin menjauh dan ada yang terus hilang tanpa jejak. Ingin saya petik kata-kata salah seorang 'participants' kajian ini:
"So, he kept moving farther and farther away. That's always been a hard thing; it's always made me fear someone leaving, like really strong... it felt like he wasn't taking care of us anymore."
Dinamik Kuasa dan Kawal
Anak-anak yang tinggal dengan salah seorang dari ibu atau bapa juga secara tidak langsung menjadi pelengkap pada penjaganya. Seorang anak yang ditinggalkan ibunya akan menggalas tugas-tugas ibu seperti mengemas rumah dan mengasuh adik-adik. Begitulah juga sebaliknya.
Isu Intimasi
Anak-anak ini takut untuk mendalami perasaan atau berhubungan terlalu dekat dengan seseorang. Kata-kata dipetik dari salah seorang 'participants' yang dipilih 'researchers':
"I have a fear of intimacy. A serious fear of intimacy that prevents me from telling anybody how I really feel about them."
Isu Kepercayaan
Kepercayaan merupakan komponen utama dalam perhubungan. Kebanyakan daipada anak-anak ini membesar masih melahirkan kesukaran meletakkan kepercayaan dalam sebuah hubungan.
"I go through really a complex process of trusting partners before I let them all in my life at all...I am friendly with lot of people, but I am not close with lot of people. Because it takes a lot for me to trust you, and it's built throughout my life."
Sesungguhnya ini adalah salah satu ujian dalam kehidupan. Allah tidak meletakkan sesuatu ujian itu melainkan sesuai dengan kesanggupan hamba-hambaNya. Hanya hamba-hamba yang terpilih saja dapat melalui rintangan ini.
Sesungguhnya pada sesiapa saja di luar sana yang berasa susah, ingatlah anda adalah manusia terpilih dan yakinlah bahawa anda pasti dapat mengharunginya.
Allah sayangkan kita kerana Dia masih ingat pada kita!
0 comments:
Post a Comment